:)

Thursday 11 August 2011

ZINA


ZINA

v  “ Dan janganlah kamu menghampiri zina ,sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji ,
 dan suatu jalan yang buruk.”
 
v  Jelas seperti yang dinyatakan pada ayat ini bahawa Allah bukan sahaja melarang hamba-hambaNya daripada ‘melakukan zina’,bahkan ‘menghampiri zina’ juga merupakan sebuah larangan . Perbuatan apakah yang menghampirkan diri kepada zina?? Rujuk di bawah:


Ø  Rasulullah s.a.w bersbda”
Mata dapat  berbuat zina & zina mata adalh melihat . Telinga dapat berbuat zina & dan zina telinga ialah mendengar. Lidah dapat berzina & zina lidah adalah berkata-kata. Tangan juga dapat berbuat zina & zina tangan ialah menyentuh yang bukan mahram .”

Ø  Disebabkan syariat Islam mengharamkan penzinaan , maka segala yang menyebabkan menusia terjerumus ke dalam perbuatan tersebut juga dikategorikan HARAM !!!

Ø  Memandang mereka yang bukan mahram dengan pandangan bernafsu (zina mata) , mendengar suara lembut mereka dengan nafsu (zina telinga) , berjalan berdekatan dengan mereka atau pergi ke tempat pertemuan (zina kaki) , berkhayalan tentang kekasihnya dengan perasaan berahi (zina hati) , mencium mereka (zina mulut) dan menyentuh mereka secara sengaja ataupun beralaskan kain (zina tangan) , adalah merupakan sebahagian daripada pecahan – pecahan zina.

Renung – renugkanlah sahabat , walaupun anda tidak pernah berzina , pernahkah anda melakukan salah satu daripada pecahan – pecahan zina di atas?
Jika ya , anda masih belum terlambat untuk bertaubat sehinggalah Malaikat Izrail datang memanggil!!

Bertaubatlah selagi pintu taubat masih lagi terbuka…..

No comments:

Post a Comment